Personaliti

Ng Chow Seng Kebanggaan Negara Menyerlah Di Mata Dunia

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

[dropcap]S[/dropcap]ukan bukanlah sesuatu yang asing baginya, terutama sukan angkat berat yang telah menjadi sebati dalam kehidupan beliau sejak dari zaman remaja hingga kini. Beliau ialah PW II (B) Ng Chow Seng dilahirkan pada 26 Disember 1935, anak kelahiran Kulim, Kedah yang kini telah mencecah usia 73 tahun, tetapi masih aktif dalam sukan tersebut sehingga kini. Penglibatannya di dalam sukan ini selama 59 tahun seawal usia 14 tahun pada tahun 1949 di Alor Setar dengan tunjuk ajar daripada Saw Chee Seng yang mana bekas johan angkat berat pada ketika itu.

Beliau merupakan bekas anggota tentera yang berkhidmat selama 25 tahun bermula dari tahun 1959 hingga 1984 di dalam Kor Armor Diraja. Kerana minat yang mendalam di dalam bidang sukan dan jasmanibeliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bidang sukan dan diberi kepercayaan menyandang jawatan Jurulatih Kanan Jasmani di Kem Terendak pada tahun 1972 hingga 1976.

Baginya disiplin yang ketat dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam latihan menjadi kunci kejayaan yang beliau kecapi sehingga ke peringkat antarabangsaWalaupun usia beliau kini semakin dimamah masa namun cintanya dalam sukan ini sudah sebati bagi dirinya, ini terbukti apabila beliau telah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 28 Mac 2002 lalu namun beliau merasakan dirinya bertambah sihat dan kuat tanpa sebarang masalah yang timbul setelah tujuh tahun berlalu.

Padanya awal penglibatannya sehinggalah usianya kini bukanlah penghalang untuk bersaing dengan pencabar-pencabar yang jauh lebih muda darinya apabila setiap pertandingan yang disertai beliau pasti membuahkan hasil yang memuaskanSegala usaha gigih yang dilakukan membuahkan hasilapabila pada tahun 1951 iaitu penyertaan pertamanyabeliau berjaya menduduki tempat pertama di dalam Penang/Kedah Weightlifting Championship dalam kategori Fly Weight dan menggekalkan kejuaraannya sehingga tahun 1953.

Ketika berlansungnya 1st Malaysian Held, yang berlansung di Chin Woo Auditorium pada 25 Jun 1955beliau telah mengambil bahagian di dalam kategori Bantam Weight, bagi acara 80kg Press, 80kg Snatch dan 107.5kg Clean and Jerk. Beliau berjaya mengekalkan kejuaraannya selama enam tahun berturut-turut sehingga 1961, pada ketika itu usianya baru mencecah 19 tahun.

Beliau juga berjaya merangkul tempat kedua didalam pertandingan Bina Badan pada usia 20 tahun pada tahun 1956 hingga 1957. Memegang gelaran Mr Weightlifter of Penang bagi dua tahun berturut-turut pada tahun 1958 hingga 1959 dan menjadi juara Bina Badan dalam merebut gelaran Mr PHCL Body Building.

Pada awal penglibatan negara di tahun 1961 di dalam sukan SEAP di Rangoon, Burma, beliau berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara acara 80kg Press, 80kg Snatch dan 107.5kg Clean and Jerk dalam kategori Bantam Weight. Pada tahun 1963, beliau turut mengulangi pencapaian pingat gangsa buat kali keduanya di sukan SEAP di Bangkok, Thailand pada acara 90kg Press, 90kg Snatch dan 120kg Clean and Jerk dalam kategori Bantam Weight.

Sepanjang penglibatannya dalam angkat berat, beliau dianugerahkan sebagai Record Holder of Malaysian Weightlifting Championship dalam kategori Feather Weight bagi acara Snatch 97.5kg dan Clean and Jerk 127.5kg.

Perjuangan beliau bukan setakat itu sahaja malah pada tahun 1973 sewaktu SEA Games di Singapura, beliau berjaya menduduki tempat keenam bagi kategori Feather Weight. Manakala pada tahun 1978 hingga 1981 di dalam Sarawak Weightlifting Championship beliau berjaya mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut sebagai Sarawak Strongest Man dalam acara Snatch 97.5kg dan Clean and Jerk 125kg.

Kejayaan tersebut turut diulang dalam kejohanan Malaysian Weightlifting Championship tahun 1980 kategori Light Heavy Weight dan Penang Weightlifting Championship Master kategori Light Weight tahun 1985.

Di peringkat dunia beliau juga turut memberi cabaran yang sengit, apabila beliau berjaya merangkul tempat ketiga di dalam 4th World Masters Weightlifting Championship di OrlandoFlorida dalam kategori Middle Weight, sewaktu itu usia beliau sudah mencecah 54 tahun dan seterusnya di 6th World Masters Weightlifting Championship di Australia, 7th World Masters Weightlifting Championship di Germany dan 8th World Masters Weightlifting Championship di England. Di Afro/Asian/Oceania Masters Weightlifitng Championship di Perth, Australia tahun 1993 beliau dinobatkan sebagai juara dan memiliki pemegang rekod bagi kategori Middle Weight bagi kategori umur 55 hingga 59

Sewaktu usianya semakin lanjut, beliau berjaya memenangi pingat perak, di kejohanan 13th World Masters Weightlifting Championship di Kasgelin, Poland dan pada tahun 2006 sewaktu usia beliau mencecah 70an, beliau memenangi tempat keempat di dalam World Master Weightlifting Championship 2006 Eysines di Perancis.

Beliau juga aktif didalam sukan tinju apabila berjaya sebagai juara dalam kategori Light Weight pada 1963 hingga 1965, di dalam pertandingan 1st Federation Rejimental Boxing dan mengekalkan kejuaraan selama tiga tahun.

Sebelum dan selepas perkhidmatan, pelbagai jenis jawatan yang beliau sandang dalam sukan tersebut antaranya Ahli Jawatankuasa PABAPP dari 1958 hingga 1960, Coaching Committee Member ASEAN Weightlifting dari 1977 hingga1979, Ahli Jawatankuasa PABM dari 1977 hingga 1990, Setiausaha Kehormat PABAPP dari 1990 hingga 2002, Naib Presiden PABM dari1990 hingga 1994, Setiausaha Kehormat PABM dari 1994 hingga 1996, Pengerusi Teknikal PABM dari 1994 hingga 2004, National Weightlifting Development Coach & National Sports Council of Malaysian dari 1995 hingga 1997, Venue Manager for Weightlifting 1998 Kuala Lumpur Commonwealth Games dari 1997 hingga 1998, Ketua Jurulatih Tetap Angkat Berat Pulau Pinang dari 1999 hingga 2002, Ahli Jawatankuasa Pemilihan PABM dari 1999 hingga 2004, Ahli Jawatankuasa Pembangunan PABM dar1999 hingga 2004 dan Ketua Jurulatih Powerlifting MPM 2000 hingga 2005.

Secara keseluruhannya beliau merupakan seorang bekas tentera dan rakyat Malaysia yang serba boleh dan berjaya dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan keatas bahu beliau, dari seorang atlit, jurulatih dan pengadil yang dikenali dan disegani sehingga ke peringkat antarabangsaBeliau yang kini menetap di No 5, Tingkat Binjai 22, Taman Sri Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai (U), Pulau Pinang dan boleh dihubungi di talian 0124881060 atau 04-5388667 masih aktif dalam sukan ini disamping mencurahkan bakti demi menaikkan nama Malaysia yang tercinta di mata dunia.

Namun boleh dikatakan jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan kepada bangsa mahupun anak bangsa negara di persada antarabangsa, agak terpinggir tanpa ada sebarang pengiktirafan dan pembelaan yang sewajarnya .

Apa yang boleh dikatakan disini diharapkan jejak langkah beliau yang sentiasa aktif dan gigih dalam setiap apa yang dilakukan sehingga mencapai kejayaan yang gemilang akan menjadi ikutan kepada belia-belia negara yang menjadi harapan untuk bangsa dan negara untuk masa akan datangSeterusnya meneruskan perjuangan yang tiada penghujungnya bagi mendaulatkan nama Malaysia di mata dunia.

Gambar: Saiful Fazley Rusley/ihsan PW II (B) Ng Chow Seng

[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]

Artikel ini diterbitkan di Majalah BTDM Bil 172 pada tahun 2008. Sewaktu itu PW II (B) Ng Chow Seng berumur 73 tahun.

[/box]

Tag
Seterusnya
Back to top button
Close