Semasa

PTD Sukar Lawat Semua Unit

Tentera Darat memang telah lama merancang untuk menerbitkan akhbarnya sendiri tetapi kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan maka rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan.

Walaupun demikian Tentera Darat telah menghasilkan ‘Sorotan Darat’ iaitu sebuah majalah yang pengeluarannya dan pengedarannya masih dapat kita tatapi sehingga hari ini.

“Kewujudan Berita Tentera Darat ini bermakna TD telah maju setapak lagi dalam usaha untuk memberi gambaran secara ringkas kepada anggota Tentera Darat akan berbagai aktiviti-aktiviti semasa yang berlaku dalam Tentera Darat”, demikian menurut Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Sri Mohamed Hashim Mohd Ali yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berharap berita yang dibaca oleh warga Tentera Darat.  Dato’ Sri Mohamed Hashim juga mahukan pemerintah-pemerintah serta ketua-ketua menggunakan akhbar ini untuk menyampaikan mesej atau maklumat terus hinggalah kepada seorang prebet atau soldadu biasa.

Katanya lagi, “Sebagai Panglima Tentera Darat saya tidak berkesempatan dan amat sukar bagi saya untuk melawat semua unit-unit Tentera Darat di dalam Malaysia, jadi apa yang dibincangkan dan diperhatikan di unit-unit yang sempat saya lawati akan disalurkan melalui akhbar ini”.

Beliau juga mempelawa semua peringkat anggota Tentera Darat tampil untuk menyuarakan melalui akhbar ini akan aspek-aspek ketenteraan demi kebaikan dan meninggikan nilai professionalisme di dalam Tentera Darat.

Seterusnya beliau menganggap Berita Tentera Darat sebagai tambahan kepada akhbar-akhbar tempatan kerana pihak media massa tidak mempunyai cukup ruangan untuk menyiarkan senua berita tentera lagipun mereka mestilah mengutamakan “business”.  Jadi akhbar ini akan dikeluarkan tiap-tiap bulan untuk menyiarkan berita yang mempunyai nilai kepada anggota Tentera Darat di seluruh negara.

Jen Dato’ Sri Hashim juga yakin suatu hari kelak Berita Tentera Darat ini dapat diluaskan pengedarannya kepada rakyat jelata.  Katanya, “Kita mahu rakyat di negara ini dapat bersama mengikuti pengorbanan anggota tentera”.  Selain dari itu polisi serta cadangan-cadangan Tentera Darat, Angkatan Tentera dan juga Kementerian Pertahanan yang tidak melibatkan keselamatan dikeluarkan juga melalui akhbar ini dari masa ke semasa.

Beliau juga mengharapkan agar semua anggota Tentera Darat menyambut baik akan penerbitan akhbar ini kerana sokongan serta kerjasama dari semua lapisan anggota tentera Darat akan lebih bermakna selain dapat memupukkan semangat setiakawan antara pasukan dan anggota Tentera Darat keseluruhannya.

Beliau seterusnya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anggota yang terlibat dalam usaha menerbitkan BTDM ini.  Semoga usaha ini akan menjadi satu titik sejarah bagi Tentera Darat.

Oleh: Mej Zakaria Hj Omar

[jaw_divider divider_title=”Back To Top” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”2″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”0″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_panel_box panel_title=”Info” message_style=”info” ]Mej Zakaria Hj Omar (Bersara) adalah Pengarang pertama BTDM.[/jaw_panel_box][jaw_clear]

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close